konsert Gegar Belia KLfm...

Salam 1Malaysia..... Dah lama tak jgk laman blog ni...sawang penuh dah ni tp orangnyer masih ok macam dulu-dulu juga....Radio malaysia KLfm sekarang semakin agresif dan aktif....setiap hujung minggu berada disekitar Kuala Lumpur untuk mendekati warga kota Kuala Lumpur....Baru-baru ni Konsert Gegar Belia KLfm telah diadakan di panggung Aniversary di Taman Tasik Perdana....Memang hebat konsert ni kerana artis-artis yang diundang memberikan persembahan yang mantap. Antaranya Farah wahida, Shahila Hamzah, Maulana, Adam & VIP, Grey Sky Morning, Azlan & typwriter, Ash Nair dan ramai lagi....

Sambutan daripada pengunjung juga memang ramai....rata-rata yang membawa anak-anak ke taman sempat singgah di situ untuk menonton artis pujaan mereka. Dj-dj dan staff Klfm antara tulang belakang kejayaan konsert ini....saya juga tak ketinggalan menjadi mc untuk konsert tu bersama Zullastree. Tahun 2011 memberikan sesuatu luar biasa kepada KLfm. Pada 12 Jun 2011, Klfm akan berada di Bandar Hilir Melaka untuk acara bersama KETTHA...macam-macam hadiah yang disediakan untuk pengunjung. Di samping itu, KLfm juga turut mengadakan mini konsert dengan artis-artis yang hebat dan popular masa kini...jd penduduk-penduduk Melaka jangan lepaskan peluang untuk berkenalan dengan Dj-Dj KLfm.

Selamat datang 2011....



Org Kuat Klfm....

Salam 1 Malaysia & selamat tahun baharu 2011....dah beberapa hari kita di bulan Januari untuk tahun baharu ni...Leez rasa masa kini semakin pantas berlalu...Jadi azam tahun ini juga perlu cepat-cepat ditunaikan. Jika tidak kita adalah orang yg paling ketinggalan.



Mama nak jd rock...mcm ni la jdnyer...


Sempena menyambut tahun baharu 2011, KLfm sekali lagi melakarkan kenangan yg terindah utk tahun 2010 apabila menganjurkan Konsert Memori Rock 2010 dengan menjemput Otai-Otai rock 90anseperti Jimmy(Screen), Burn(Meditasi), Nizam(Laksamana), Ali (Terra Rossa), Afee(Utopia) dan ramai lagi...Cukup meriah pada malam tu....Secara keseluruhan konsert ini dikira berjaya la!!!...Paling seronok semua dj-dj pakai tema rock...mcm-mcm jenis rock yang ada termasuk la Leez sendiri....

Semoga tahun 2011 melakarkan seribu kenangan buat warga KLfm....seterusnya berjaya menaikan nama Radio Malaysia KLfm.......

Ramadan datang lagi bagi tahun 2010.....

Dah lama tidak buka blog Leez yang semakin bersawang ni... Pejam celik kita dah pun sampai bulan Ramadan...cepatkan masa berlalu. Di Radio Malaysia KLfm pada bulan ni, aktiviti agak terbatas cuma sedang giat buat program raya....klu Leez jadi penerbit untuk Salam perantau. Ianya mudah aje, klu ada rakan-rakan atau keluarga yang ada kat luar negara dan tak balik raya bolehlah sampaikan ucapan raya. Hantar ucapan melalui kad atau masukkan dalam inbox fb Leez. pastu pihak Klfm akan telefon. Salam perantau ni akan mula disiarkan 7 hari sebelum raya tau!!!!. Mula-mula program mungkin 4 hingga 5 orang yang berpeluang bagi ucapan raya...harap-harap jadilah program salam Perantau ni....

Teh Tarik 1!!!! di Restoran Songkla Tom yam dan Restoran Wira Sejati ...











Kemeriahan Teh Tarik satu semakin menjadi-jadi .... bulan Mei 2010 2 lagi lokasi yang menjadi kunjungan team KLfm iaitu di Restoran Songkla Tom yam yang terletak di Sungai Buloh. Kedai makan ini terletak betul-betul tepi jalan , mudah aje klu nak cari... makanan yang sedap kat sini pasti la tom yamnya...memang best....

Lokasi kedua pula, di Seksyen 7, Shah Alam. Terletak betul-betul depan sekolah Kebangsaan Tamil. Tokeh kedai makan ni masih lagi muda tetapi begitu minat dalam perniagaan makan-makan ni....katanya ia sudah menjadi perniagaan keluarga kerana ramai saudaranya yang turut menceburi perniagaan makan-makan ni....Masakan yang paling popular disini ialah daging Pow....memang sedap. kalau makan bukan sepinggan, anda akan mintak lagi sepinggan....memang sedap hingga menjilat jari....tom yamnya jugak tidak kurang hebatnya... bak kata perut saya yg rasa masakan disitu semuanya best2 belaka.... x rugi klu makan di Restoran Wira Sejati..... Nantikan kunjungan team Klfm ke Lokasi yang lebih menarik pada bulan Jun nanti....Anda juga boleh baca Sinar harian yang turut memaparkan aktiviti Teh Tarik 1!!!!.....

BINTANG KLASIK 2010 PERINGKAT KUALA LUMPUR

Kembali lagi ujibakat bintang klasik 2010 di mana radio malaysia KLfm telah mengadakan ujibakat di pentas terbuka pasar seni, Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima menggalakan. Boleh dikatakan peserta yang hadir pada hari tu memang hebat2 belaka. Juri yang bmengadili uji bakat bintang klasik ini ialah Fauzi Marzuki dan Azmah Mahmood (penyanyi veteran)....

12 orang peserta telah dipilih pada uji bakat peringkat yg pertama. Namun mereka perlu meneruskan perjuangan mereka diperingkat saringan akhir untuk menempatkan diri mereka ke peringkat Zon nanti ya ng akan diadakan di Negeri Sembilan. Lagu-lagu pilihan mereka masih lagi dalam kategori ujibakat... persembahan yang cukup hebat dan saingan juga sengit untuk memilih 2 orang kategori lelaki dan 2 orang kategori wanita. Tetapi adat pertandingan yang terbaik pasti ada....

Pesta Nasi Lemak dan Teh Tarik 1 Malaysia di Kuala Kubu baru....



Pada 24 April 2010 (Sabtu), warga kerja KLfm telah memeriahkan majlis nasi Lemak dan teh tarik 1 malaysia di Akademi Bomba dan penyelamat Malaysia, Kuala Kubu baru. Selain daripada kami, agensi-agensi dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia juga turut bersama menjayakan program tersebut. Program ini bermula pukul 10.00 pagi hinggalah 6.00 petang.

KLfm riuh dengan gelagat-gelagat dj seperti Sonic, Hezry, Leez, Ain, Mimie, Nana, Julia, Azizah , Bos (Normah) dan Shahizan Jelas..... Antara aktiviti yang kami buat ialah kuiz, limbo rock, pecah belon, muzikal chair, karaoke dan tarian poco-poco.....memang best. Apa yang lebih menarik di majlis ini adalah makanan percuma seperti nasi lemak, roti canai, pau, cendol, teh tarik, kuih peneram dan banyak lagi....kami makan sampai kekenyangan.

Yang lebih kelakarnya, dj KLfm termasuk bos sekali masuk pertandingan kukur kelapa. Biasanya orang yang dok kampung suka kukur kelapa tapi kali ini pengunjung yang datang ke situ boleh tengok orang bandar termasuk dj KLfm kukur kelapa.... memang seksa kalau tidak pernah buat...sampai lenguh kaki dan tangan Leez mengukur kelapa....tapak tangan luka gak sebab terkena mata kukur...maklumlah tak pernah buat...hehehe... keputusannya cukup gembira Leez dapat no 3 ...ok lah tu...sekurang-kurangnya dapat jadi wakil KLfm....tunjuk bakat dalam mengukur kelapa...

Kalaulah ada lagi program-program sebegini pasti seronok bukan saja Leez dan rakan -rakan lain mempromosi radio Klfm tetapi dapat mendekatkan diri bersama pendengar KLfm 97.2 rentak interaktif kota...

Rancangan Fragmen Hidup di KLfm pada bulan Mac 2010.....



Rancangan Fragmen Hidup adalah terbitan Dj Mimie dan Dj Leez. Siarannya hari Isnin hingga Jumaat, 11.20 pagi hingga 12.00 tengah hari... Antara personaliti jemputan yang diundang dalam rancangan ini adalah orang-orang yang berjaya dalam hidup dan kerjaya mereka. Hidup susah satu ketika dulu tidak menghalang mereka untuk terus berjuang. Merubah kehidupan mereka ke aras yang terbaik...hasilnya..anda dah lihat dan dengar bagaimana mereka mempunyai semangat untuk maju dan berjaya.

Walaupun mereka dikalangan orang yang sudah berjaya tetapi wawasan mereka tidak terhenti sampai di sini, personaliti ini juga turut membantu golongan yang susah dan sederhana. Sesuatu kejayaan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak berusaha. Begitulah saranan mereka kepada golongan tersebut untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Oleh kerana rancangan ini mendapat sambutan, ianya akan disambung di KLfm tetapi masa dan tarikhnya belum lagi ditentukan...konsepnya masih sama tapi sasaran tetamunya agak berbeza. Kami akan menerokai kejayaan insan-insan biasa yang tidak dikenali oleh masyarakat luar. Mengupas bagaimana mereka berjaya mengharungi kehidupan dan kerjaya sblm berjaya.