Ramadan datang lagi bagi tahun 2010.....
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Wednesday, August 11, 2010
/
Comments: (0)
Dah lama tidak buka blog Leez yang semakin bersawang ni... Pejam celik kita dah pun sampai bulan Ramadan...cepatkan masa berlalu. Di Radio Malaysia KLfm pada bulan ni, aktiviti agak terbatas cuma sedang giat buat program raya....klu Leez jadi penerbit untuk Salam perantau. Ianya mudah aje, klu ada rakan-rakan atau keluarga yang ada kat luar negara dan tak balik raya bolehlah sampaikan ucapan raya. Hantar ucapan melalui kad atau masukkan dalam inbox fb Leez. pastu pihak Klfm akan telefon. Salam perantau ni akan mula disiarkan 7 hari sebelum raya tau!!!!. Mula-mula program mungkin 4 hingga 5 orang yang berpeluang bagi ucapan raya...harap-harap jadilah program salam Perantau ni....
Teh Tarik 1!!!! di Restoran Songkla Tom yam dan Restoran Wira Sejati ...
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Friday, June 4, 2010
/
Comments: (0)

Kemeriahan Teh Tarik satu semakin menjadi-jadi .... bulan Mei 2010 2 lagi lokasi yang menjadi kunjungan team KLfm iaitu di Restoran Songkla Tom yam yang terletak di Sungai Buloh. Kedai makan ini terletak betul-betul tepi jalan , mudah aje klu nak cari... makanan yang sedap kat sini pasti la tom yamnya...memang best....
Lokasi kedua pula, di Seksyen 7, Shah Alam. Terletak betul-betul depan sekolah Kebangsaan Tamil. Tokeh kedai makan ni masih lagi muda tetapi begitu minat dalam perniagaan makan-makan ni....katanya ia sudah menjadi perniagaan keluarga kerana ramai saudaranya yang turut menceburi perniagaan makan-makan ni....Masakan yang paling popular disini ialah daging Pow....memang sedap. kalau makan bukan sepinggan, anda akan mintak lagi sepinggan....memang sedap hingga menjilat jari....tom yamnya jugak tidak kurang hebatnya... bak kata perut saya yg rasa masakan disitu semuanya best2 belaka.... x rugi klu makan di Restoran Wira Sejati..... Nantikan kunjungan team Klfm ke Lokasi yang lebih menarik pada bulan Jun nanti....Anda juga boleh baca Sinar harian yang turut memaparkan aktiviti Teh Tarik 1!!!!.....
BINTANG KLASIK 2010 PERINGKAT KUALA LUMPUR
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Thursday, May 27, 2010
/
Comments: (0)
Kembali lagi ujibakat bintang klasik 2010 di mana radio malaysia KLfm telah mengadakan ujibakat di pentas terbuka pasar seni, Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima menggalakan. Boleh dikatakan peserta yang hadir pada hari tu memang hebat2 belaka. Juri yang bmengadili uji bakat bintang klasik ini ialah Fauzi Marzuki dan Azmah Mahmood (penyanyi veteran)....
12 orang peserta telah dipilih pada uji bakat peringkat yg pertama. Namun mereka perlu meneruskan perjuangan mereka diperingkat saringan akhir untuk menempatkan diri mereka ke peringkat Zon nanti ya ng akan diadakan di Negeri Sembilan. Lagu-lagu pilihan mereka masih lagi dalam kategori ujibakat... persembahan yang cukup hebat dan saingan juga sengit untuk memilih 2 orang kategori lelaki dan 2 orang kategori wanita. Tetapi adat pertandingan yang terbaik pasti ada....

Pesta Nasi Lemak dan Teh Tarik 1 Malaysia di Kuala Kubu baru....
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Sunday, April 25, 2010
/
Comments: (0)

Pada 24 April 2010 (Sabtu), warga kerja KLfm telah memeriahkan majlis nasi Lemak dan teh tarik 1 malaysia di Akademi Bomba dan penyelamat Malaysia, Kuala Kubu baru. Selain daripada kami, agensi-agensi dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia juga turut bersama menjayakan program tersebut. Program ini bermula pukul 10.00 pagi hinggalah 6.00 petang.
KLfm riuh dengan gelagat-gelagat dj seperti Sonic, Hezry, Leez, Ain, Mimie, Nana, Julia, Azizah , Bos (Normah) dan Shahizan Jelas..... Antara aktiviti yang kami buat ialah kuiz, limbo rock, pecah belon, muzikal chair, karaoke dan tarian poco-poco.....memang best. Apa yang lebih menarik di majlis ini adalah makanan percuma seperti nasi lemak, roti canai, pau, cendol, teh tarik, kuih peneram dan banyak lagi....kami makan sampai kekenyangan.
Yang lebih kelakarnya, dj KLfm termasuk bos sekali masuk pertandingan kukur kelapa. Biasanya orang yang dok kampung suka kukur kelapa tapi kali ini pengunjung yang datang ke situ boleh tengok orang bandar termasuk dj KLfm kukur kelapa.... memang seksa kalau tidak pernah buat...sampai lenguh kaki dan tangan Leez mengukur kelapa....tapak tangan luka gak sebab terkena mata kukur...maklumlah tak pernah buat...hehehe... keputusannya cukup gembira Leez dapat no 3 ...ok lah tu...sekurang-kurangnya dapat jadi wakil KLfm....tunjuk bakat dalam mengukur kelapa...
Kalaulah ada lagi program-program sebegini pasti seronok bukan saja Leez dan rakan -rakan lain mempromosi radio Klfm tetapi dapat mendekatkan diri bersama pendengar KLfm 97.2 rentak interaktif kota...

Rancangan Fragmen Hidup di KLfm pada bulan Mac 2010.....
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Wednesday, April 7, 2010
/
Comments: (0)

Rancangan Fragmen Hidup adalah terbitan Dj Mimie dan Dj Leez. Siarannya hari Isnin hingga Jumaat, 11.20 pagi hingga 12.00 tengah hari... Antara personaliti jemputan yang diundang dalam rancangan ini adalah orang-orang yang berjaya dalam hidup dan kerjaya mereka. Hidup susah satu ketika dulu tidak menghalang mereka untuk terus berjuang. Merubah kehidupan mereka ke aras yang terbaik...hasilnya..anda dah lihat dan dengar bagaimana mereka mempunyai semangat untuk maju dan berjaya.
Walaupun mereka dikalangan orang yang sudah berjaya tetapi wawasan mereka tidak terhenti sampai di sini, personaliti ini juga turut membantu golongan yang susah dan sederhana. Sesuatu kejayaan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak berusaha. Begitulah saranan mereka kepada golongan tersebut untuk terus berjaya dalam kehidupan.
Oleh kerana rancangan ini mendapat sambutan, ianya akan disambung di KLfm tetapi masa dan tarikhnya belum lagi ditentukan...konsepnya masih sama tapi sasaran tetamunya agak berbeza. Kami akan menerokai kejayaan insan-insan biasa yang tidak dikenali oleh masyarakat luar. Mengupas bagaimana mereka berjaya mengharungi kehidupan dan kerjaya sblm berjaya.
Inilah keluarga bahagia Leez...
Posted by
Rentak Interaktif Kota
/
Comments: (0)
Mini Showcase Radio Hunt KLfm...
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Sunday, April 4, 2010
/
Comments: (0)

Demam Mac 2010 telah pun berakhir di Radio Malaysia KLfm....semua kakitangan KLfm bertungkus lumus untuk menjayakan Mini Showcase di KLfm dari jalan masjid India hingga ke lokasi terakhir di RTM, Angkasapuri pada sabtu lalu sempena Hari Ulangtahun RTM ke-64...
Terima kasih kepada sahabat dan pendengar KLfm yang banyak menyokong dan membantu KLfm sepanjang demam mac di adakan juga...
Kepada anda yang minat dengan rancangan Fragmen Hidup, jangan lupa ikuti rancangan ini setiap hari khamis, 9.15 malam, terbitan Leez dan Mimi. Kali ni kita menyelusuri kisah suka duka insan yang banyak mengharungi hidup untuk berjaya. Sasarannya lebih kepada golongan biasa. Sekiranya anda juga ada kisah suka duka sepanjang hidup ini hingga berjaya dalam kerjaya boleh hantarkan kisah anda. sekiranya kena dengan proram kami, anda akan diundang ke konti KLfm.... yang penting BERJAYA!!!. Contoh; penjual burger yg mulanya ada satu gerai selepas beberapa tahun berjaya membuka empat gerai burger di serata tempat...ini juga boleh dikatakan orang yang berjaya....
Sambutan Hari Wilayah 2010
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Tuesday, February 16, 2010
/
Comments: (0)

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad bin Ismail memotong kek hari jadi Wilayah Persekutuan...

Baru-baru ni di Dataran Merdeka, Radio Malaysia KLfm telah terlibat sempena Hari Wilayah 2010....pada 31 Januari dan 1 Februari 2010... Selama 2 hari pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh KLfm... Paling meriah ialah dj-dj KLfm...mengendalikan acara-acara bersama pengunjung dan sahabat KLfm yang datang ke situ. Bukan sekadar main saja tapi dapat hadiah tau!!!...
Selamat tahun baru 2010!!!!!!
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Tuesday, January 12, 2010
/
Comments: (0)
Buku baru dibuka lagi bagi tahun 2010...azam pada tahun ini semestinya menjanjikan yang terbaik. Tidak kira pada keluarga, kerjaya dan sumbangan pada masyarakat.
Permulaan pada tahun ini, Radio Malaysia Klfm telah terlibat dalam program Gegar di Dataran Merdeka pada 2 Januari 2010....khusus untuk remaja yang gemar kepada motor, kereta dan nyanyian2....Leez juga turut terlibat sama....Program ini telah dirasmikan oleh KSU kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ketua Pengarah Penyiaran dan wargakerja RTM yang lain....Dari pagi hingga petang, semuanya ada pengisian yang bermanafaat kepada golongan remaja. Di Gerai KLfm pula dikunjungi oleh sahabat KLfm dan wargakota kuala lumpur yang berkunjung ke sini sambil mendapatkan barangan cenderamata daripada KLfm...

Hai semua!!!! Selamat datang ke blogger Mama Leez.....
Posted by
Rentak Interaktif Kota
on Wednesday, January 6, 2010
/
Comments: (0)

Salam 1 Malaysia...... Baru beberapa hari 2009 berlalu namun kenangan tidak mungkin mama leez lupakan...banyak perkara-perkara manis yang berlaku antaranya dapat baby Eiman, kerja tetap di RTM kemudian dapat masuk KLfm 97.2 dan dapat ahli keluarga baru (adik ipar)..... Permulaan bagi tahun 2010, mama Leez harap lebih maju jaya dalam kerja dan dapat lebih ramai sahabat di Radio Malaysia Klfm..... Terima kasih kepada semua yang telah menyokong mama Leez dalam bidang penyiaran..... Jangan lupa mengikuti Mama Leez menerusi Nadi Kota KL...setiap hari Khamis 2.00 hingga 5.00 petang dan hari Jumaat, 10.00 pagi hingga 2.00 petang dalam salam interaktif........