konsert Gegar Belia KLfm...

Salam 1Malaysia..... Dah lama tak jgk laman blog ni...sawang penuh dah ni tp orangnyer masih ok macam dulu-dulu juga....Radio malaysia KLfm sekarang semakin agresif dan aktif....setiap hujung minggu berada disekitar Kuala Lumpur untuk mendekati warga kota Kuala Lumpur....Baru-baru ni Konsert Gegar Belia KLfm telah diadakan di panggung Aniversary di Taman Tasik Perdana....Memang hebat konsert ni kerana artis-artis yang diundang memberikan persembahan yang mantap. Antaranya Farah wahida, Shahila Hamzah, Maulana, Adam & VIP, Grey Sky Morning, Azlan & typwriter, Ash Nair dan ramai lagi....

Sambutan daripada pengunjung juga memang ramai....rata-rata yang membawa anak-anak ke taman sempat singgah di situ untuk menonton artis pujaan mereka. Dj-dj dan staff Klfm antara tulang belakang kejayaan konsert ini....saya juga tak ketinggalan menjadi mc untuk konsert tu bersama Zullastree. Tahun 2011 memberikan sesuatu luar biasa kepada KLfm. Pada 12 Jun 2011, Klfm akan berada di Bandar Hilir Melaka untuk acara bersama KETTHA...macam-macam hadiah yang disediakan untuk pengunjung. Di samping itu, KLfm juga turut mengadakan mini konsert dengan artis-artis yang hebat dan popular masa kini...jd penduduk-penduduk Melaka jangan lepaskan peluang untuk berkenalan dengan Dj-Dj KLfm.

Selamat datang 2011....



Org Kuat Klfm....

Salam 1 Malaysia & selamat tahun baharu 2011....dah beberapa hari kita di bulan Januari untuk tahun baharu ni...Leez rasa masa kini semakin pantas berlalu...Jadi azam tahun ini juga perlu cepat-cepat ditunaikan. Jika tidak kita adalah orang yg paling ketinggalan.



Mama nak jd rock...mcm ni la jdnyer...


Sempena menyambut tahun baharu 2011, KLfm sekali lagi melakarkan kenangan yg terindah utk tahun 2010 apabila menganjurkan Konsert Memori Rock 2010 dengan menjemput Otai-Otai rock 90anseperti Jimmy(Screen), Burn(Meditasi), Nizam(Laksamana), Ali (Terra Rossa), Afee(Utopia) dan ramai lagi...Cukup meriah pada malam tu....Secara keseluruhan konsert ini dikira berjaya la!!!...Paling seronok semua dj-dj pakai tema rock...mcm-mcm jenis rock yang ada termasuk la Leez sendiri....

Semoga tahun 2011 melakarkan seribu kenangan buat warga KLfm....seterusnya berjaya menaikan nama Radio Malaysia KLfm.......