konsert Gegar Belia KLfm...

Salam 1Malaysia..... Dah lama tak jgk laman blog ni...sawang penuh dah ni tp orangnyer masih ok macam dulu-dulu juga....Radio malaysia KLfm sekarang semakin agresif dan aktif....setiap hujung minggu berada disekitar Kuala Lumpur untuk mendekati warga kota Kuala Lumpur....Baru-baru ni Konsert Gegar Belia KLfm telah diadakan di panggung Aniversary di Taman Tasik Perdana....Memang hebat konsert ni kerana artis-artis yang diundang memberikan persembahan yang mantap. Antaranya Farah wahida, Shahila Hamzah, Maulana, Adam & VIP, Grey Sky Morning, Azlan & typwriter, Ash Nair dan ramai lagi....

Sambutan daripada pengunjung juga memang ramai....rata-rata yang membawa anak-anak ke taman sempat singgah di situ untuk menonton artis pujaan mereka. Dj-dj dan staff Klfm antara tulang belakang kejayaan konsert ini....saya juga tak ketinggalan menjadi mc untuk konsert tu bersama Zullastree. Tahun 2011 memberikan sesuatu luar biasa kepada KLfm. Pada 12 Jun 2011, Klfm akan berada di Bandar Hilir Melaka untuk acara bersama KETTHA...macam-macam hadiah yang disediakan untuk pengunjung. Di samping itu, KLfm juga turut mengadakan mini konsert dengan artis-artis yang hebat dan popular masa kini...jd penduduk-penduduk Melaka jangan lepaskan peluang untuk berkenalan dengan Dj-Dj KLfm.