Pesta Nasi Lemak dan Teh Tarik 1 Malaysia di Kuala Kubu baru....



Pada 24 April 2010 (Sabtu), warga kerja KLfm telah memeriahkan majlis nasi Lemak dan teh tarik 1 malaysia di Akademi Bomba dan penyelamat Malaysia, Kuala Kubu baru. Selain daripada kami, agensi-agensi dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia juga turut bersama menjayakan program tersebut. Program ini bermula pukul 10.00 pagi hinggalah 6.00 petang.

KLfm riuh dengan gelagat-gelagat dj seperti Sonic, Hezry, Leez, Ain, Mimie, Nana, Julia, Azizah , Bos (Normah) dan Shahizan Jelas..... Antara aktiviti yang kami buat ialah kuiz, limbo rock, pecah belon, muzikal chair, karaoke dan tarian poco-poco.....memang best. Apa yang lebih menarik di majlis ini adalah makanan percuma seperti nasi lemak, roti canai, pau, cendol, teh tarik, kuih peneram dan banyak lagi....kami makan sampai kekenyangan.

Yang lebih kelakarnya, dj KLfm termasuk bos sekali masuk pertandingan kukur kelapa. Biasanya orang yang dok kampung suka kukur kelapa tapi kali ini pengunjung yang datang ke situ boleh tengok orang bandar termasuk dj KLfm kukur kelapa.... memang seksa kalau tidak pernah buat...sampai lenguh kaki dan tangan Leez mengukur kelapa....tapak tangan luka gak sebab terkena mata kukur...maklumlah tak pernah buat...hehehe... keputusannya cukup gembira Leez dapat no 3 ...ok lah tu...sekurang-kurangnya dapat jadi wakil KLfm....tunjuk bakat dalam mengukur kelapa...

Kalaulah ada lagi program-program sebegini pasti seronok bukan saja Leez dan rakan -rakan lain mempromosi radio Klfm tetapi dapat mendekatkan diri bersama pendengar KLfm 97.2 rentak interaktif kota...

Rancangan Fragmen Hidup di KLfm pada bulan Mac 2010.....



Rancangan Fragmen Hidup adalah terbitan Dj Mimie dan Dj Leez. Siarannya hari Isnin hingga Jumaat, 11.20 pagi hingga 12.00 tengah hari... Antara personaliti jemputan yang diundang dalam rancangan ini adalah orang-orang yang berjaya dalam hidup dan kerjaya mereka. Hidup susah satu ketika dulu tidak menghalang mereka untuk terus berjuang. Merubah kehidupan mereka ke aras yang terbaik...hasilnya..anda dah lihat dan dengar bagaimana mereka mempunyai semangat untuk maju dan berjaya.

Walaupun mereka dikalangan orang yang sudah berjaya tetapi wawasan mereka tidak terhenti sampai di sini, personaliti ini juga turut membantu golongan yang susah dan sederhana. Sesuatu kejayaan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak berusaha. Begitulah saranan mereka kepada golongan tersebut untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Oleh kerana rancangan ini mendapat sambutan, ianya akan disambung di KLfm tetapi masa dan tarikhnya belum lagi ditentukan...konsepnya masih sama tapi sasaran tetamunya agak berbeza. Kami akan menerokai kejayaan insan-insan biasa yang tidak dikenali oleh masyarakat luar. Mengupas bagaimana mereka berjaya mengharungi kehidupan dan kerjaya sblm berjaya.

Inilah keluarga bahagia Leez...






Inilah antara insan yang paling Leez sayang, permata hati Leez...tanpa mereka x mungkin Leez berjaya dan bahagia.... Walaupun kita dah bekerjaya tapi keluarga adalah yang pertama....

Mini Showcase Radio Hunt KLfm...





Demam Mac 2010 telah pun berakhir di Radio Malaysia KLfm....semua kakitangan KLfm bertungkus lumus untuk menjayakan Mini Showcase di KLfm dari jalan masjid India hingga ke lokasi terakhir di RTM, Angkasapuri pada sabtu lalu sempena Hari Ulangtahun RTM ke-64...
Terima kasih kepada sahabat dan pendengar KLfm yang banyak menyokong dan membantu KLfm sepanjang demam mac di adakan juga...

Kepada anda yang minat dengan rancangan Fragmen Hidup, jangan lupa ikuti rancangan ini setiap hari khamis, 9.15 malam, terbitan Leez dan Mimi. Kali ni kita menyelusuri kisah suka duka insan yang banyak mengharungi hidup untuk berjaya. Sasarannya lebih kepada golongan biasa. Sekiranya anda juga ada kisah suka duka sepanjang hidup ini hingga berjaya dalam kerjaya boleh hantarkan kisah anda. sekiranya kena dengan proram kami, anda akan diundang ke konti KLfm.... yang penting BERJAYA!!!. Contoh; penjual burger yg mulanya ada satu gerai selepas beberapa tahun berjaya membuka empat gerai burger di serata tempat...ini juga boleh dikatakan orang yang berjaya....